Saturday, 27 February 2016

Assalamualaikum...

Hmm... sekarang kan tengah demam-demam KOREA ni kan ... Mama Long Rasa nak mulakan jejak blog Mama Long ni ke KOREA la.. Manalah tau dapat jumpa "Teruna Kimchi".

Jadi resipi kali ni, KIMCHI..yum,,,yum...

Mama Long rasa memang dah banyak la orang post resepi Kimchi ni kan..Tapi tak pe... Sejak akhir-akhir ni Mama Long banyak buka youtube masakan. Salah satu yang Mama Long ikut adalah "Maangchi" setakat ni resepi dia memang jadi la..

Selalunya ornag korea akan makan kimchi dalam setiap makanan mereka, jadi mereka akan buat kimchi ni dengan banyak..


Bahan-bahan:
Utama:
3kg Kobis China (Napa Cabbage)
1/2 cawan Garam

Bubur:
2 cawan air 
2 sudu besar tepung beras pulut 
2 sudu besar gula 

Sayur-sayuran:
2 cawan lobak putih (potong seperti batang mancis) 
1 cawan lobak merah (potong seperti batang mancis) 
7-8 daun bawang , dicincang 
1 cawan hirisan daun kucai (pilihan) ( jika tiada ganti :3 daun bawang , dicincang) 

Bumbu/Rempah:
½ cawan bawang putih ( 24 bawang putih ulas) , cincang 
2 sudu teh halia, cincang 
1 bawang sederhana, cincang 
½ cawan sos ikan 
¼ cawan udang masin (cencalok) dicincang 
2 cawan serbuk lada merah (kalau bole cari yang korea brand mmg untuk kimchi, lagi sedap)

Cara-caranya:
1. Kobis di belah dua bermula dari bahagian tangkai. Rendam/cuci dalam air sejuk. (Daun kobis yang basah akan lebih mudah menyerap garam). Lepas itu, taburkan garam di setiap helai daun, bahagian yang keras letak banyak sikit supaya cepat lembut. Letakkan di tepi. Kobis tadi akan mengeluarkan air yang lebih banyak. Pastikan kobis tadi besama garam sekurang-kurangnya 2 jam, setiap setengah jam mesti pusing2 kan dia.

2. campurkan bahan bubur dan masakkan diatas api sedehana sehingga tepung pulut masak dan berwarna lutsinar. kemudian sejukkan.

3. Masukkan bubur tadi ke dalam bekas yang lebih besar. kemudian masukkan bahan bumbu/rempah. lepastu masukkan semua sayur-sayuran yang dah dipotong tadi. (Dah jadi rempah tuk buat kimchi.. ;))

4. Selepas 2 jam, pastikan kobis telah menjadi lembut. Cuci kobis tadi dengan air yang mengalir untuk membuang lebihan garam,

5. Apa lagi. Sapu bumbu/rempah tadi kesetiap helai daun kobis. masukkan ke dalam bekas kedap udara. kemudian, kita biarkan pada suhu bilik 24-36 jam. Malaysia ni panas, selalunya sehari mmg dah jadi masam dah.

6. Lepas dah masam(tertapai), simpan dalam peti sejuk supaya dia tahan lama. Selalu Mama Long buat ni bole tahan 2 bulan la. Tu 2 orang je makan. kalau ramai...pikir la macam mana nak ganda2kan dia ye..

Soalan?
Macam mana kita nak tahu dia dah cukup tertapai ke tidak?
1. Bau- masam
2. Bila tekan kebawah, akan ada keluar buih2. tu kira dah ok.. terus masuk fridge.. OK.

Petua: 
Untuk Kimchi tahan lama..
1. Masukkan dalam peti sejuk
2. Setiap kali dah ambik kimchi. yang lebih tu pastikan tekan kedalam jus dia (biar terendam sebelum simpan balik dalam peti sejuk)

Untuk penerangan yang lebih, bole tengok video ni. (sorry, Mama Long x sempat shoot, gambar pun satu je)

Maangchi Traditional kimchi recipe (Tongbaechu-kimchi: 통배추김치)


TADA!!!!!!!




NYUM!! NYUM!! MASKTA :p


Selamat Mencuba...


Love,
MaMa Long

Thursday, 25 February 2016

Assalamualaikum

Assalamualaikum..

Mama Long mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca blog ini. Tujuan Mama Long menulis blog ini sebab nak kongsi pengalaman dan masakan. resepi yang Mama long tunjukkan ini mungkin bukan 100% original. Tapi sebab Mama Long memang suka beli buku resepi, bila cuba tak jadi, Alahaiii... sedih kan? kadang-kadang barang2 pun susah nak dapat.. Lagi sedih...:(

Sebab tu Mama Long nak tulis blog ni denga harapan bole kongsi rahsia dan petua dengan semua. Kita bole belajar sama2.

Mama Long suka cuba recepi2 dari negara2 luar juga. Nak melancong keluar negara bukan ada duit sangat, jadi masak sendiri kat rumah... Ala2 rasa macam melancong di luar.

Selain daripada tu, Mama Long pun akan masak masakan yang sihat (healthy). Almaklumlah, azam tahun baru nak turunkan kilo-kilo... harap2 menjadi. InsyaAllah.

Okei.. harap-harap anda semua mendapat manafaat daripada blog ini.


Muah...Muah... Bye...Bye...

Mama Long Cooking :)